CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 19 December 2011

terima kasih :)

assalamualaikum . jumpa lagi . macam biasa lah kalau dah tengok tajuk kat atas tu dah tentu tentu lah aku akan mula dengan cerita rekaan aku . kalau yang lepas aku cerita tentang sahabat , sekarang saya cerita tentang CINTA ! wow ! hehe~ well, hope korang happy baca cerita yang aku reka khas untuk orang yang berjogging kat blog aku nih . JOM -->

nama aku wan . seorang graduan lepasan diploma UITM . bercinta dengan seorang gadis yang bernama amirah . amirah juga seorang graduan lepasan diploma UITM . tapi kami berlainan cos . pertama kali aku tengok wajah dia yang sangat ayu membuatkan hati aku menjadi berbunga bunga . aku mula cuba untuk mendekatkan diri dengan dia . sanggup aku ponteng kelas semata mata nak tengok amirah .

ketika di cafe kampus , aku ternampak amirah dengan kawan kawannya , dia yang berkulit putih , bertudung labuh dan seorang yang senyum sentiasa membuatkan hati aku bertambah kuat untuk mendekatinya . suatu hari , dengan berani aku menegur amirah yang sedang membaca buku seorang diri . 'as..assalamualaikum? hai amirah ' . 'waalaikumusalam . mana awak tahu nama saya ?' 'em.. kawan kelas awak . saya cuma nak berkawan dengan awak ' 'maaf , saya sibuk .' lalu amirah berlalu dengan pantas . aku hanya dapat mendiam kan diri dengan hati yang luluh . sesungguhnya niat aku iklas untuk berkawan dengan amirah .


keesokan harinya , aku menulis sepucuk surat untuk amirah . dalam surat tu terkandung isi aku meminta maaf dengan kejadian semalam walaupun aku rasa benda tu tidak ada salahnya . selepas beberapa hari , aku menerima surat dari amirah dan dia juga meminta maaf dan dia bersedia untuk berkawan dengan aku . aku melompat tanda keriangan yang teramat ! dan dia juga menyatakan yang aku tak boleh berjumpa dengan dia kerana takut timbul fitnah . sejak itu , kami hanya berbalas surat . walaupun kami hanya berkawan didalam suratnye , ayat yang amirah berikan sungguh indah dan berbudi bahasa . aku juga bersyukur kerana mempunyai kawan seperti amirah .

setelah enam bulan kami berkawan . satu hari tu aku langsung tak terima surat dari amirah , aku mencari dia serata kampus , bertanyakan kawan , namun mereka hanya diam dan seolah olah menyembunyikan sesuatu dari aku . aku hanya termenung seorang diri kerana rindukan surat amirah . surat yang sama aku baca setiap hari . suatu hari , aku mendapat sepucuk surat , tapi kali ini dari kawan amirah . dalam surat tu menyatakan amirah sakit lukeimia dan memerlukan tulang sum sum . aku yang terpaku dan terdiam hanya mampu bersedih . namun , bila difikirkan bahawa amirah lah jodoh aku , aku membuat keputusan untuk mendermakan tulang sum sum aku untuk amirah .

setahun berlalu , amirah kini kembali pulih , dan tertawa seperti sedia kala . kawan kawannya merahsiakan segalanya tentang siapa yang mendermakan tulang sum sum untuknya . amirah tidak dapat mengetahui keran waktu itu dia koma . kini amirah mahu mencari siapa orang tersebut . amirah tanya pada ibu bapanya , kawan kawan nya , namun mereka tidak membuka mulut . sejak itu , amirah menjadi diam dan terus mencari siapa yang mendermakan tulang untuknya .

tiba tiba datang kawan aku yang bernama udin . disitulah udin menceritakan segala galanya . amirah mengalirkan air mata . yang sebenarnya , aku sedang koma terlantar di hospitan selama 3 bulan dan aku lumpuh stu badan . aku tidak boleh bergerak lagi seperti dahulu . aku hanya mampu melihat saja . udin datang kerumah aku bersama amirah . aku hanya mampu tersenyum apabila melihat amirah berdiri di sisi aku . rasa yang amat rindu ingin melihat amirah secara dekat . disitu amirah menyatakan yang dia sudah lama menyintai aku . aku hanya mampu mengalirkan air mata . amirah juga mengatakan dia sanggup menjaga aku hingga akhir hayat kerana hidupnya kerana hidup aku . dia hidup kerana aku dan dia juga bernafas kerana aku . amirah sedia menjadi teman hidup aku .


akhirnya , amirah sah sebagai isteri aku . cinta suci yang lahir dari jiwa amirah memang patut dihargai sampai mati . hidup amirah hanya menjaga aku walaupun aku tidak berupaya memberikan cahaya mata untuk nya . amirah gembira hidup dengan aku . semakin hari semakin pulih badan aku . dari tangan ke badan , dari badan ke kaki . aku sudah mampu untuk berjalan ! ini lah petikan diari aku , muhammad hazwan bin muhammad din . segalanya untuk amirah . terima kasih, isteriku !

dah bacakan~ so , comment siket .hehe. ok , moralnya,cinta yang suci murni lahirnya dari hati yang iklas , kesabaran yang sanggat kental , dan pengorbanan dua dua belah pihak . so , kalau korang tengah bercinta , biar cinta dengan niat 'membina masjid' lagi suci dan bersih . so ade siket pantun .hehe . minum sirap biji selasih , sekian terima kasih . hehe . wassalam ! :)

0 comments: