CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 14 December 2011

impian seorang sahabat

assalamualaikum . kali ni aku nak bercerita tentang impian . setiap orang mempunyai impian masing masing . tahu tak korang ape tu impian ? impian adalah satu keinginan yang ingin dicapai . dan tahu tak korang ape tu sahabat ? sahabat ialah satu ikatan antara insan. satu ikatan yang tak kenal erti dusta . JOM -->

suatu hari , datang seorang sahabat yang bernama AINA kepada ashabat nya yang bernama FATIN . dengan nada yang amat sedih lalu aina berkata kepada sahabatnya 'ya fatin , ana gagal dalam ujian kali ini . apa yang perlu ana katakan kepada kedua ibu bapa ana ?' lalu fatin berkata ' ya aina , ana rasa ada eloknya kalau ente berterus terang dari ente berkata bohong terhadap ibu bapa ' aina hanya berdiamkan diri lalu membuat keputusan untuk memberitahu perkara sebenar dan tidak mahu menyembunyikan perkara itu .

AINA pun tiba di rumah dengan muka yang amat takut . dengan perlahan lahan aina berjumpa dengan ibu nya . 'ya aina , kenapa bersedih ?' kata ibu nya lalu aina hanya berdiam diri . kata ibunya lagi ' bukankah hari ini keputusan peperiksaan keluar ?' lalu aina menjawab 'ya umi , benar '. ibunya tidak berkata apa apa cuma berdiam diri kerana melihat air muka aina yang hanya bersedih . setelah beberapa jam kemudian , bapa aina pulang . tanpa berkata apa apa aina terus berlari ke dalam bilik nya kerana sangat takut akan bapanya . 'aina!' teriak bapanya . lalu aina pun keluar dengan perasaan yang bercampur baur . 'abi mahu melihat keputusan peperiksaan' lalu , aina memberikan buku rekod nya dengan menggigil . 'apa !' teriak bapa nya lagi lalu memcampak kan buku tersebut . aina hanya lah gagal dalam subjek biology .

setelah itu , aina menelefon fatin dan mengadu nasibnya . dalam perbualan itu , fatin berjanji akan membantu aina dalam plejaran , aina kembali bersemangat . sejak dari peristiwa itu , aina terus berdoa kepada ALLAH agar menerangkan jiwa dan hatinya untuk menerima ilmu yang di curahkan oleh guru dan juga sahabatnya . fatin selalu menasihati aina ' kegagalan xbererti gagal selamanya ' . kata kata itulah yang membuatkan aina kembali bersemangat untuk belajar .

suatu hari aina bertanya kepada fatin . 'ya fatin , apa impian ente ?' lalu fatin menjawab 'impian ana adalah ingin melihat ente berjaya ' . aina sentap dan terdiam seketika . lalu bertanya . ' apakah ente tiada impian selain itu ' lalu fatin menjawab perkara yang sama . mreka telah berkawan sejak kecil dan berada didalam kelas yang sama dari tadika hinggalah sekarang . aina yang berada dalam kebingungan kerana memikirkan jawapan yang diberi oleh fatin tadi . sejenak itu , fatin berkata ' ana sayangkan ente macam adik beradik ana sendiri .ana tak sunggup melihat ente dimarahi abi ente ' aina yang hanya mendiankan diri nya .

mereka yang tidak lama lagi akan menduduki SPM belajar bersungguh sungguh . aina berasa pelik melihat fatin hanya mengajarnya bersungguh sungguh . dalam hati aina berkata ' ente lah sahabat ana dunia dan akhirat ' suatu hari, sedang mereka megulang kaji seperti biasa , aina melihat fatin hanya berdiam diri dan mukanya pucat lesu . lalu aina bertanya , ' ya fatin , ente sakit ka ?' fatin menjawab 'tidak ' . selepas beberapa minggu peperiksaan SPM pun tiba . aina yang sangat risau kerana sejak akhir akhir ini , muka fatin sering pucat dan tak bermaya . akan tetapi , fatin tetap tersenyum seperti biasa . setelah siap menjawab kertas terakhir fatin terus pulang ke rumah tanpa menghiraukan aina . setiba je dia dirumah , fatin terus jatuh sakit dan dibawa ke hospital . fatin menyembunyikan penyakitnya dari pengetahuan aina . fatin menghidap penyakit barah otak yang memberi nya peluang untuk hidup selama sebulan lagi . fatin berdoa supaya aina dapat tabahkan diri sewaktu dia mengetahui perkara yang sebenar .

sejak dari itu , fatin tidak dapat dihubungi kerana aina berada dikampung halaman nya . setelah empat bulan berlalu , tibalah masa untuk aina mengambil keputusan . perasaan yang amat gementar di gagahi nya , sebaliknya mahu berjumpa dengan fatin yang amat dirinduinya . aina berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang dan bapanya tersenyum riang . namun begitu , aina tetap tidak tersenyum kerana masih mencari2 fatin . aina menghubungi ibu fatin lalu ibunya memberitahu , aina sudah meninggal dunia . aina yang terpaku dan terdiam lalu telefon bimbitnya jatuh terhempas . perasaan yang sangat menyesal kerana tidak sempat bersemuka dengan arwah yang telah meninggalkan nya . aina menangis tanpa henti . baginya , keputusan cemerlang nya tidak membawa apa apa erti kerana fatin sudah tiada .

aina duduk termanung mengenangkan kenangan nya bersama arwah dulu . tiba tiba , aina teringat kata kata fatin 'impian ana mahu melihat ente berjaya' . ketika itulah aina terfikir mengapa fatin mempunyai impian sebegitu . lalu aina mengalirkan air matanya .kini aina telah menjadi seorang doktor di sebuah hospital , tapi , kenangan nya bersama fatin sentiasa didalam hati dan doanya . kejayaannya adalah kejayaan fatin juga . :)

dah bacakan ? aku reka sendiri aku yang mengalirkan air mat. betapa sanggupnya fatin mengajar aina walaupun fatin menderita kesakitan . moralnya , sahabat sangat jauh bezanya dengan kawan . pengorbanan seorang sahabat akan di kenang sampai bila bila .
pergi kedai beli cili , ada masa ana cerita lagi . sekian wassalam :)

0 comments: