CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 30 December 2011

kenangan AIR TIN !!

assalamualaikum . lame gila lah tak update blog ni . sibuk siket haha. bkan sibuk just xde mase siket lah nk update . xde bende yang aku nak update , so aku da dapat akal aku nak citer kat korang kenangan aku kat sekolah aku tak boleh lupa and tak boleh belah ! hahaa..

begini cerita nya. satu hari tu memang panas gila lah time tu . dengan kelas yang memekak sebab cikgu tak de . semua pergi mesyuarat . aku seperti biase lepak2 dengan geng2 aku . tibe tibe , aku terasa dahaga . air kawan kawan aku pon dah habis . tak sempat nak beli time rehat . aku pon cakap lah kat kawan aku piqa . 'kau nak picit air tak ? aku ade RM1 je ni ' piqa pon cakap lah ' aku pon ade RM1 lebih . kau mntak lah sape2 lagi 5posen " . lalu aku pon mintak lah kan . kecek sane kecek sini da dapat 5posen .

aku dengan piqa pon prgi lah kat tempat yg jual air tin tu . aku pon tak tahu ape kejadah nama bende tu . piqa picit air soya , eeeiiiuuu... aku tak suka air soya . tolong la.. aku pon picit la air manggo+nata de coco. sodap taw . nak2 tengah2 panas nak mati mase tu . memamng kalau ikot peraturan aku tak boleh beli , tapi apekan daye , kantin jauh bebeno.. haha. aku pon picit jela air tu , mmg statik lah tmpat die. blakang bilik GPKMP . haha.

lepas picit tu , cikgu rohaidah pon lalu dan berkate 'sape benarkan awak picit air tu?' kiteorang dengan muke bodoh buat lah bodoh . haha. banyak nye bodoh . lepas tu cikgu tu cakap aku tak layan , die pon blah lah . aku dengan piqa gelak2 . ni sume pasal bdak form3 tu . pilih air bukan maen lama lagi . sabaw jela . kalaw tak , cikgu roi xkan perasan punye .

lepas tu kan , cikgu SERI pon lalu dan tersenyum happy die pade kiteorang dan dengan semangatnye die brkate 'bak sini air tu.' aku senyum tak nak bagi . 'bak sini air tu saya kate' . aku pon bagi lah . aku bukan tak bagi , tapi aku takut kene cubit . haha. lepas die amek air tu , die cakap 'rohani , nanti mase balik datang jumpe saya kat pejabat ' aku pon menjawab 'saya jeke cikgu ? piqa??' 'ha..piqa pon same ' .memang mase tu takut ade , kelakaw ade , nak tergelak pon ade sebab cikgu seri rampas air yang kiteowg beli macam rampas fon je. haha LOL..

LOCENG PON BUNYIK , aku dgn piqa pergi la jumpe cikgu seri tu . tapi die tak de . and kiteorang nampak air kiteorang atas meja die. haha. tergelak aku . aku ingat die dah lantak air aku dengan piqa tadi . aku pon tanya piqa 'weh , amek jela patu lari.haha' piqa said 'otak kau . tak nak aku ' tibe2 cikgu seri dtg dr blakang kiteowg , aku takut aku terus lari and die panggil 'rohani! kau nk g mana tu ? xnk air kau ke?' aku pon setak kat situ dan trgelak. haha. smpai hati cikgu jerit kuat2.. satu pejabat pandang aku dengan piqa . termasuk la cikgu roi yg glak kan kteorang . LOL . aku pon dengan muke yang amat tebal amek air tin kiteorang balek . haha.. mmg aku tak bole lupe . pasal air tin bole jadi isu ! haha..

pape pon , aku syang kwan2 aku . banyak ag kenangan . nanti la aku citer ye. mate dah memberat . haha.. sebenarnye cikgu seri tu mmg antara yg digeruni di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH JASIN MELAKA MALAYSIA . haha.. pnjang kan? aku syg skolah aku . dah jadi kenangan da. aku tahu smua tu tak kan berulang lagi kan ?? emm. xpela. semat je dalm memory kite, ok la. GTG ! assalamualaikum..

Monday, 19 December 2011

terima kasih :)

assalamualaikum . jumpa lagi . macam biasa lah kalau dah tengok tajuk kat atas tu dah tentu tentu lah aku akan mula dengan cerita rekaan aku . kalau yang lepas aku cerita tentang sahabat , sekarang saya cerita tentang CINTA ! wow ! hehe~ well, hope korang happy baca cerita yang aku reka khas untuk orang yang berjogging kat blog aku nih . JOM -->

nama aku wan . seorang graduan lepasan diploma UITM . bercinta dengan seorang gadis yang bernama amirah . amirah juga seorang graduan lepasan diploma UITM . tapi kami berlainan cos . pertama kali aku tengok wajah dia yang sangat ayu membuatkan hati aku menjadi berbunga bunga . aku mula cuba untuk mendekatkan diri dengan dia . sanggup aku ponteng kelas semata mata nak tengok amirah .

ketika di cafe kampus , aku ternampak amirah dengan kawan kawannya , dia yang berkulit putih , bertudung labuh dan seorang yang senyum sentiasa membuatkan hati aku bertambah kuat untuk mendekatinya . suatu hari , dengan berani aku menegur amirah yang sedang membaca buku seorang diri . 'as..assalamualaikum? hai amirah ' . 'waalaikumusalam . mana awak tahu nama saya ?' 'em.. kawan kelas awak . saya cuma nak berkawan dengan awak ' 'maaf , saya sibuk .' lalu amirah berlalu dengan pantas . aku hanya dapat mendiam kan diri dengan hati yang luluh . sesungguhnya niat aku iklas untuk berkawan dengan amirah .


keesokan harinya , aku menulis sepucuk surat untuk amirah . dalam surat tu terkandung isi aku meminta maaf dengan kejadian semalam walaupun aku rasa benda tu tidak ada salahnya . selepas beberapa hari , aku menerima surat dari amirah dan dia juga meminta maaf dan dia bersedia untuk berkawan dengan aku . aku melompat tanda keriangan yang teramat ! dan dia juga menyatakan yang aku tak boleh berjumpa dengan dia kerana takut timbul fitnah . sejak itu , kami hanya berbalas surat . walaupun kami hanya berkawan didalam suratnye , ayat yang amirah berikan sungguh indah dan berbudi bahasa . aku juga bersyukur kerana mempunyai kawan seperti amirah .

setelah enam bulan kami berkawan . satu hari tu aku langsung tak terima surat dari amirah , aku mencari dia serata kampus , bertanyakan kawan , namun mereka hanya diam dan seolah olah menyembunyikan sesuatu dari aku . aku hanya termenung seorang diri kerana rindukan surat amirah . surat yang sama aku baca setiap hari . suatu hari , aku mendapat sepucuk surat , tapi kali ini dari kawan amirah . dalam surat tu menyatakan amirah sakit lukeimia dan memerlukan tulang sum sum . aku yang terpaku dan terdiam hanya mampu bersedih . namun , bila difikirkan bahawa amirah lah jodoh aku , aku membuat keputusan untuk mendermakan tulang sum sum aku untuk amirah .

setahun berlalu , amirah kini kembali pulih , dan tertawa seperti sedia kala . kawan kawannya merahsiakan segalanya tentang siapa yang mendermakan tulang sum sum untuknya . amirah tidak dapat mengetahui keran waktu itu dia koma . kini amirah mahu mencari siapa orang tersebut . amirah tanya pada ibu bapanya , kawan kawan nya , namun mereka tidak membuka mulut . sejak itu , amirah menjadi diam dan terus mencari siapa yang mendermakan tulang untuknya .

tiba tiba datang kawan aku yang bernama udin . disitulah udin menceritakan segala galanya . amirah mengalirkan air mata . yang sebenarnya , aku sedang koma terlantar di hospitan selama 3 bulan dan aku lumpuh stu badan . aku tidak boleh bergerak lagi seperti dahulu . aku hanya mampu melihat saja . udin datang kerumah aku bersama amirah . aku hanya mampu tersenyum apabila melihat amirah berdiri di sisi aku . rasa yang amat rindu ingin melihat amirah secara dekat . disitu amirah menyatakan yang dia sudah lama menyintai aku . aku hanya mampu mengalirkan air mata . amirah juga mengatakan dia sanggup menjaga aku hingga akhir hayat kerana hidupnya kerana hidup aku . dia hidup kerana aku dan dia juga bernafas kerana aku . amirah sedia menjadi teman hidup aku .


akhirnya , amirah sah sebagai isteri aku . cinta suci yang lahir dari jiwa amirah memang patut dihargai sampai mati . hidup amirah hanya menjaga aku walaupun aku tidak berupaya memberikan cahaya mata untuk nya . amirah gembira hidup dengan aku . semakin hari semakin pulih badan aku . dari tangan ke badan , dari badan ke kaki . aku sudah mampu untuk berjalan ! ini lah petikan diari aku , muhammad hazwan bin muhammad din . segalanya untuk amirah . terima kasih, isteriku !

dah bacakan~ so , comment siket .hehe. ok , moralnya,cinta yang suci murni lahirnya dari hati yang iklas , kesabaran yang sanggat kental , dan pengorbanan dua dua belah pihak . so , kalau korang tengah bercinta , biar cinta dengan niat 'membina masjid' lagi suci dan bersih . so ade siket pantun .hehe . minum sirap biji selasih , sekian terima kasih . hehe . wassalam ! :)

Saturday, 17 December 2011

yes ! saya DEMAM !

assalamualaikum . entry kali ni aku buat pasal demam . bila demam semua mengeluh sebab tak boleh nak bergerak kat mana mana kan ? sebabnya bila kita kite demam antibody kita lemah sebenarnye macam korang kurang bersenam , kurang minum air putih a.k.a air mineral pon boleh jugak . sebenarnya , kita sakit macam demam ke selsema ke , tak perlu kot nak jumpa doktor , just minum air putih sampai korang kejap kejap nak kencing . kencing tu lah sebenarnya membasuh body korang dari kotoran . AWAS!: dilarang menggunakan sabun basuh baju kalau nak minum air , haha ~ JOM-->

BILA demam jekan , mesti teringat zaman kanak kanak ribena kita dulu kan ? asal demam mak peluk kite , suapkan kite , buatkan sup , and macam macam lagi la kan ? sekarang dah besaw , pandai pandai lah bawak diri . rindu nak macam dulu . kalau cakap cam nie kat mak 'mak, nak macam dulu!' pasti mak akan jawab 'buang tebiat ke kau ?' free je kenekan? yelah da besar , so mak tak kuasa nak layan kerenah kita lagi .umm. teringat lah zaman tu .

hari ni aje aku dengan anak buah aku (boboy) demam . mak peluk boboy je . yelah cucu kesayangan kan? bukan jeles lah ! aku suka ade lah sebab aku pun pernah rasa saat cam gitu~ mesti korang pun penah jugak kan . kalau anak sakit , MAK lah orang yang pertama cemas . betul tak ape aku cakap nie ? angguk siket ? tak mau geleng taw . hehe ~ tak patutkan kite derhaka kat mak kite , aku hope korang adalah anak yang taat dengan mak korang . aku pun kadang kadang terHIGH suare dengan mak aku . maafkan ayang mak ! :(

THEN , demam jugak sebenar nye datang dari kite sendiri . dah tahu korang tu senang demam , antibody kureng , kurangkan lah maen masa panas ataupun hujan , nih tak , aku tengok hujantak hujan , macam tak ada perasaan je . aku pun satu , orang demam sebab hujan , kau demam sebab minum ais blend banyak sangat . wehh sedap giler tak tahan wokk ! haha . capucino+cokelat , memang tak tahan . hahaha . dahtu , hidung start berair , kepale start pening esok tu aku demam (hari ni) .

mak aku pun suruh lah abang aku belikan sup sayur untuk aku. yess ! i love sayur . aku tak boleh makan kalau tak ada sayur . aku pelik la kat orang yang tak makan sayur , hehe. jangan marah sape yang tak makan sayur . orite , aku tahu korang punye pasal nak makan ke tak kan . ok aku paham . hak asasi manusia kita tak boleh halang . (tieya dah sengal) .


sedapnya sayur tu ~ nanti nak suru mak aku buat sayur campur goreng . wow ! lamanya tak makan ! haha. maaf sape yang tak suka sayur tu , im vegetarian , hehe . jangan nak eeii sangat lah . kan makanan tu . haha ! aku sudah mereng sebab demam .

endingnya~ demam tu best. tak semua orang demam , aku demam, kau ade ? hehe~ kalau ade bagus . nie ha ade pantun siked--> saya suka warna merah , kalau saya salah jangan marah ! hehe
sekian wassalam .. B)

Friday, 16 December 2011

feminin

assalamualaikum . ha . jumpa lagi . kali ni cerita aku pasal FEMININ . ha ape feminin tu ? feminin tu hal hal perempuan . laki pun boleh baca jugak . sape cakap tak boleh ~ aku tak cakap . hehe. ok , aku nak cakap sikit mane aku dapat idea nak tulis tentang feminin ni . sebabnye kawan aku tegur aku suruh aku feminin sikit . motor ade box tu otai ke ? macam jantan ke ? opss .. lelaki . hehe . tah pape kawan aku nih . ok , jom ke tajuk utama aku ! -->

let we talk about feminin . ok ! kalau aku sebagai seorang perempuan amat lah tahu dan EXPERT tentang hal perempuan . salah satu demam perempuan sekarang ialah KOREA ! aku tak nafikan aku pun minat korea . hehe . mereka sangat sweet weh ! hehe , tapi im not too obses with korea . sikit sikit sudah ~ demam korea nih bukan perempuan je , dah menular kat kaum adam jugak (lelaki) . hehe . kelakar . bila aku ke sana , korea , ke sini , korea . senang citer sana sini korea . wow ! nak cakap semua all about korea . haha . musim kan ? tapi musim justin bieber kejap je lepas kedatangan korea .

about feminin yang kedua . selalu duduk dalam bilik entah apa diaorang buat tu aku tak pasti . yang pasti sebilangan duduk dalam bilik mesti open internet , bergayut dengan boyfie , tidur itu penting ~ haha . nak tahu perempuan nih sukakan bilik mereka . cube tengok drama drama , asal frust masuk bilik , kecewe je bilik yang dia cari dulu . haha ~ itu lah hakikatnya perempuan . tapikan , tak semua perempuan suka duduk dalam bilik , perempuan pun suka juga hangout with kawan kawan . lepak lepak cuti cuti sekola ni kan ? dan perempuan tak suka hidupnya terkongong~




now about colours , haha , of course lah PINK right . aku pun tak nafikan aku suka jugak lah pink but not too obsess about PINK ! mejoritinye lah ramai perempuan memilih warna pink berbanding warna lain . n banyak lah pendapat aku dengar tentang pink ni . gedik lah ape lah . heyy , biarlah citarasa dieorang . pink ni sebenar nye menunjukan sesuatu yang soft (lembut) , and cool je gitu ~ so , yang ganas jadi lembut . yang lembut bertambah tambah lembut . aww . ayu nye..hhaha . exctually , banyak lagi about feminin nih .

lagi satu , perempuan jugak sukakan bear ! hehe . so mana yang ada girlfie , hadiahkan lah ye . tapi aku tak berapa nak galak kan . aku tahu korang tahu kenape ! kan ? then , korang perasan tak kalau perempuan keluar mesti bawak beg ? haha , nak tahu isi kandungan nye , its make up things ! tak perlu kot aku nak senaraikan . yang penting perfume dengan bedak mesti ada ! haha . jangan cakap masa hang je , pergi sekolah pun same ! ini pengalaman budak sekolah . hehe . op course lah kan ? tapi tak semua buat begitu . ade yang cool je kalau pergi sekolah . tapi hang , aku yakin 100% korang bawak bende alah tu kan ? hehe . well , don't shy with me .haha~

endingnya ~ perempuan tu memang cerewet .perempuan sentiasa mahukan ape yang mereka impikan . ok lah . sampai sini aku tulis untuk korang ! sekian wassalam.. ~ nie ada pantun.. cucuk jari cucuk tangan , kalau salah di simpan jangan . hahaha ! babai ~

Wednesday, 14 December 2011

impian seorang sahabat

assalamualaikum . kali ni aku nak bercerita tentang impian . setiap orang mempunyai impian masing masing . tahu tak korang ape tu impian ? impian adalah satu keinginan yang ingin dicapai . dan tahu tak korang ape tu sahabat ? sahabat ialah satu ikatan antara insan. satu ikatan yang tak kenal erti dusta . JOM -->

suatu hari , datang seorang sahabat yang bernama AINA kepada ashabat nya yang bernama FATIN . dengan nada yang amat sedih lalu aina berkata kepada sahabatnya 'ya fatin , ana gagal dalam ujian kali ini . apa yang perlu ana katakan kepada kedua ibu bapa ana ?' lalu fatin berkata ' ya aina , ana rasa ada eloknya kalau ente berterus terang dari ente berkata bohong terhadap ibu bapa ' aina hanya berdiamkan diri lalu membuat keputusan untuk memberitahu perkara sebenar dan tidak mahu menyembunyikan perkara itu .

AINA pun tiba di rumah dengan muka yang amat takut . dengan perlahan lahan aina berjumpa dengan ibu nya . 'ya aina , kenapa bersedih ?' kata ibu nya lalu aina hanya berdiam diri . kata ibunya lagi ' bukankah hari ini keputusan peperiksaan keluar ?' lalu aina menjawab 'ya umi , benar '. ibunya tidak berkata apa apa cuma berdiam diri kerana melihat air muka aina yang hanya bersedih . setelah beberapa jam kemudian , bapa aina pulang . tanpa berkata apa apa aina terus berlari ke dalam bilik nya kerana sangat takut akan bapanya . 'aina!' teriak bapanya . lalu aina pun keluar dengan perasaan yang bercampur baur . 'abi mahu melihat keputusan peperiksaan' lalu , aina memberikan buku rekod nya dengan menggigil . 'apa !' teriak bapa nya lagi lalu memcampak kan buku tersebut . aina hanya lah gagal dalam subjek biology .

setelah itu , aina menelefon fatin dan mengadu nasibnya . dalam perbualan itu , fatin berjanji akan membantu aina dalam plejaran , aina kembali bersemangat . sejak dari peristiwa itu , aina terus berdoa kepada ALLAH agar menerangkan jiwa dan hatinya untuk menerima ilmu yang di curahkan oleh guru dan juga sahabatnya . fatin selalu menasihati aina ' kegagalan xbererti gagal selamanya ' . kata kata itulah yang membuatkan aina kembali bersemangat untuk belajar .

suatu hari aina bertanya kepada fatin . 'ya fatin , apa impian ente ?' lalu fatin menjawab 'impian ana adalah ingin melihat ente berjaya ' . aina sentap dan terdiam seketika . lalu bertanya . ' apakah ente tiada impian selain itu ' lalu fatin menjawab perkara yang sama . mreka telah berkawan sejak kecil dan berada didalam kelas yang sama dari tadika hinggalah sekarang . aina yang berada dalam kebingungan kerana memikirkan jawapan yang diberi oleh fatin tadi . sejenak itu , fatin berkata ' ana sayangkan ente macam adik beradik ana sendiri .ana tak sunggup melihat ente dimarahi abi ente ' aina yang hanya mendiankan diri nya .

mereka yang tidak lama lagi akan menduduki SPM belajar bersungguh sungguh . aina berasa pelik melihat fatin hanya mengajarnya bersungguh sungguh . dalam hati aina berkata ' ente lah sahabat ana dunia dan akhirat ' suatu hari, sedang mereka megulang kaji seperti biasa , aina melihat fatin hanya berdiam diri dan mukanya pucat lesu . lalu aina bertanya , ' ya fatin , ente sakit ka ?' fatin menjawab 'tidak ' . selepas beberapa minggu peperiksaan SPM pun tiba . aina yang sangat risau kerana sejak akhir akhir ini , muka fatin sering pucat dan tak bermaya . akan tetapi , fatin tetap tersenyum seperti biasa . setelah siap menjawab kertas terakhir fatin terus pulang ke rumah tanpa menghiraukan aina . setiba je dia dirumah , fatin terus jatuh sakit dan dibawa ke hospital . fatin menyembunyikan penyakitnya dari pengetahuan aina . fatin menghidap penyakit barah otak yang memberi nya peluang untuk hidup selama sebulan lagi . fatin berdoa supaya aina dapat tabahkan diri sewaktu dia mengetahui perkara yang sebenar .

sejak dari itu , fatin tidak dapat dihubungi kerana aina berada dikampung halaman nya . setelah empat bulan berlalu , tibalah masa untuk aina mengambil keputusan . perasaan yang amat gementar di gagahi nya , sebaliknya mahu berjumpa dengan fatin yang amat dirinduinya . aina berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang dan bapanya tersenyum riang . namun begitu , aina tetap tidak tersenyum kerana masih mencari2 fatin . aina menghubungi ibu fatin lalu ibunya memberitahu , aina sudah meninggal dunia . aina yang terpaku dan terdiam lalu telefon bimbitnya jatuh terhempas . perasaan yang sangat menyesal kerana tidak sempat bersemuka dengan arwah yang telah meninggalkan nya . aina menangis tanpa henti . baginya , keputusan cemerlang nya tidak membawa apa apa erti kerana fatin sudah tiada .

aina duduk termanung mengenangkan kenangan nya bersama arwah dulu . tiba tiba , aina teringat kata kata fatin 'impian ana mahu melihat ente berjaya' . ketika itulah aina terfikir mengapa fatin mempunyai impian sebegitu . lalu aina mengalirkan air matanya .kini aina telah menjadi seorang doktor di sebuah hospital , tapi , kenangan nya bersama fatin sentiasa didalam hati dan doanya . kejayaannya adalah kejayaan fatin juga . :)

dah bacakan ? aku reka sendiri aku yang mengalirkan air mat. betapa sanggupnya fatin mengajar aina walaupun fatin menderita kesakitan . moralnya , sahabat sangat jauh bezanya dengan kawan . pengorbanan seorang sahabat akan di kenang sampai bila bila .
pergi kedai beli cili , ada masa ana cerita lagi . sekian wassalam :)

Tuesday, 13 December 2011

menangis !

assalamulaikum . orang tua tua pernah cakap jangan terlalu gembira kelak kita yang melalak nanti . cam tu lah gambaran hidup aku hari ini . mula mula memang sangat gembira but the ending aku melalak non-stop tahu tak . sekian lama aku tak mengalirkan air mata tapi malam ni mengalir jugak air mata nie . maybe dia rindu kat aku kot :)

kecewe.. memang sangat sakit . sakit dia lebih sakit dari terkena pisau yang tajam . bila seorang perempuan mengalirkan air mata , sudah tentu perkara yang berlaku amat memeritkan . tahu tak menangis tu sebenarnya meringankan beban atau masalah yang sedang melanda diri seseorang yang bernama wanita/perempuan . apabila seseorang tak dapat nak fikir apa disebabkan masalah yang menimpa , kemungkinan dia akan menangis sepuas hatinya hingga tak dapat menahan keperitan yang sedang di lalui seseorang itu . kebanyakkannya CINTA . bila pasangan mula berpaling tadah , maka kita akan merasakan kecewa yang teramat dalam , luka yang bukan kepalangan yang tak mungkin diubati dengan hanya 'saya mintak maaf' kerana itu bukan ubat nya . sebalik nya , ubatnya ialah MENANGIS .




maka si lelaki akan mencari reason untuk memujuk perempuan . anda salah ! bukan itu yang di inginkan seorang wanita apabila dia berasa sedih dan kecewa atas perbuatan si lelaki . apabila perasaan kecewa dan sakit hati yang teramat . wanita mungkin akan berasa benci kepada si lelaki sejenak . mungkin jugak pabila menagis hati akn sembuh dengan sendiri nya . tapi ingat sewaktu perempuan mengalirkan air mata jangan sesekali mengganggu dia kerana dia akan melayan perasaan nya dengan menangis tertonggeng tonggeng macam admin tadi .

selalunya perempuan akan mengambil masa yang amat panjang untuk menenangkan diri mereka . bagi tia ,tia lagi suka menyendiri dari keluarga , kawan kawan dan dunia luar .bila kecewa , bilik tidur lah dunia admin . tia jarang berasa kecewa sebab cinta . tapi tia mahu berkongsi pendapat tentang perasaan wanita bila kecewa . apa yang tia tulis segalanya dari hati ni sendiri , apa yang tia rasa saat nihh .

segala apa yang aku cakap nih bukan lah 100% aku salah kan lelaki . bila aku tanya sorang laki nih , jawabnya 'ade sebab lelaki menipu ' dan bila aku tanya apa sebab nya dia cakap bergantung pada setiap perhubungan . katanya lah . hmm . i dont think so . menipu tetap salah bagi aku , aku tak pernah rasa macam nihh punya saket wokk ! menangis , menangis dan menganis . tu je yang mampu aku buat setakat nihh . belom sampai tahap aku nak bunuh diri . aku masih ingat ALLAH .

ending nya ~ benar lah ISLAM melarang couple couple nihh . sebab sakitnya percintaan memang tak de tandingan nya . so , pesanan tia , janganlah bercinta selagi hati belum cukup matang . bukan kan melarang , tapi sekadar menasihati antara manusia , nak ikot di persilakan . tak nak ikot pun di persilakan . bila nanti kau kecewa , baru time tu kau ingat pesanan aku . khimat nasihat di hujah olah : sistertieya.blogspot.com
sekian , terima kasih daun keladi , ada masa tia update lagi . wassalam :)

Monday, 12 December 2011

kawan lama lagi BERGUNA !!

assalamualaikum . kali ni entry pasal kawan lama . bersama fatin ashikin yang pada mula nya admin hanyalah kawan yang sangat rapat masa tingkatan dua dulu . suatu peristiwa menyebabkan dia sudah tak nak layan aku lagi . peristiwan nya ialah apabila admin telah 'MENGAJAR' dia erti setia sebab kawab kawan dalam kelas admin selalu bercerita yang dia ni HHMM2. admin jenis pantang gitu . lalu mengajak kawan admin mengenakan dia .

selepas tujuh bulan , kantoi lah pulok . dengan suka cita nya di maklum kan dia menangis . aku menjadi serba salah . dan aku menceritakan yang sebenarnya demi persahabatan kiteorang . menangis teresak esak . haha . cian kau kan cikin ? lain kali tak moh buat lagi taw bebeh . sayang bebeh(nama panggilan) . haha .

setelah tiga tahun kami tak bertegur akhirnya kami rapat seperti sedia kala . today is monday hangout with her . amek dia kat rumah . selamat lah tak jauh .kalau tak aku hentak kepala dia guna helmet MHR aku . haha . mati mati aku ingat dia nak ajak pergi melaka . hampeh bila dia cakap 'aku nak pergi jasin jelah . nak cari keje' aku pun apa lagi . menyelam minum air lah . apply sekali . aku just apply kat 7eleven dengan KFC . cam tak dapat je 7eleven tu . after that aku ajak pergi karaoke . tapi cikin ajak aku pergi kfc dan MAKAN ! wahhh . cikin belanja aku . sumpah tak percaya aku bebeh ! beli satu set kongsi dua orang sebab dia tahu dia tak kan habis dua ketul tu .. jahat mana pun cikin nie , aku still suka kawan dengan dia . sebab dulu kiteorang pernah rapat .

besides that , ahaha.. dah macam nak buat essay lah pulak . lepas makan pergi taman konon nak amik AWESOME picture . tapi sogan sogan pulak minah kerempeng nih . haha jangan marah ya . masa tu lah jugak duduk dengan mengimbas kenangan zaman sekolah . banyak lah penat pahit manis jadi kat dia di sebab kan aku . aku terpaksa berkoban menjadi kawan tak guna sebab aku nak cikin jadi seorang yang berguna . tak salah kan admin berkorban cam tu . dari aku berkorban untuk pakwe , ade baek nya aku berkorban untuk kawan kawan aku . kawan bawa kenangan sampai ke mati WOKK !
tapi cara aku maybe agak salah . memang salah untuk aku ubah cikin niehh . tapi bila fikir balik jalan niehh lah yang terbaik . dengan dia nie kene maen kasar ciket . haha. best lepak dengan kau cikin . lama dah tak wat gitu .

ending nya ~ bila bercerita dia lebih tumpukan ape yang aku cerita . tak macam orang lain . bila aku bercerita , buat aku macam tengah berceramah dalam television . pehhh ==' . paham kan kalau aku dah mengeluh macam gitu . SEBAB tu lah kawan lama lagi berguna . tak perlu nak megharap sangat lah kawan yang baru . nyesal tak sudah dee nanti . so , hargai kawan , tingkatan silaturahim anda . sekian wassalam .


kami sahabat . yabedabeduuuuuu .. <3 LOL!

Sunday, 11 December 2011

terima kasih ADEK !

assalamualaikum . kali nie entry untuk penghargaan admin to Athira Adra yang membantu saya mengUPGRATE blog nihh yang hampir give up aku di buat nya. thank tyra . akak akan try belajar sendiri ok ? anyway , you are the best lah sebab baru tiga hari kenal dah macam tiga TAHUN punya kenal la . haha . aku yang sangat percaya akan keperibadian nya yang supan dan santun nya . maaf kalau akak menyusahkan tyra yaww .

perkenalan pertama bila dia menganjurkan AWESOME PHOTOGRAPHY . belum fikir pape memang aku minat giler dengan contest nih . so aku tulung promote . kalau nak join this contest boleh pergi kat link nie okeh ? http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Ftyranumu.blogspot.com%2F&h=GAQGQ0ip0 please support dia okeh ? well , memang seorang manis and baik . selalu kongsi story with her . bestt . so try lah be friends dengan die , peramah :) kalau nak tengok FANPAGE pergi kat link niehttp://www.facebook.com/AthiraBoo?ref=ts ok?

seorang yang masih muda seusia 14 tahun dah pandai benda benda nih semua . aku dah tua nie hampeh betol . buat malu je kau nie lah tieya .oh lupa , sebenar nya kawan kawan die call her tia and me tieya . hahaha. satu kebetulan yang tak di sengaja kan .hebat lah die . kenapa lah aku tak di lahirkan celik IT . anyway thanx wat kan semua nie ok ? akak hargai sangat . akak percaya kat tyra dengan bagi email and pswrd akak , blogger tan berapa nak risaw lah jugak . my blog is nothing lagi . lain lah orang lain . tak pe , kita bermula dengan kesilapan .baru lah belajar yang sebenar . betol tak ? dengan kesilapan kita berdiri di kaki sendiri , berpendirian tinggi . maaf lah bermadah pulak kat sini . BTW , thank sudi tulung akak about this blog yang hampir nak membengangkan kepala hotak nihh ..

ending nya ~ alhamdulillah dapat kawan even tak penah jumpa macam tyra nihh . nak upload picture dia tak berani pulak . hehe . so , nak tengok die amik je link tu then search mesti jumpa punya , selamat berkenalan dengan tyra.. please support die okehh ? TERBAEKK WOKKK !!!
sekian wassalam~ :)


AWESOME !! hihih !

Friday, 9 December 2011

siti BUAT CONCERT !


admin simple je pergi tengok siti.. ENJOY keh ?

assalamualaikum. kali ni entry pasal siti concert . wahh . sepupu kawan aku buat concert anjuran SMART READER .cakap pasal taska ni mesti semua , 'waaaa' anak orang kaya . memang lah anak orang kaya si siti tu . baru umur lima ke enam tahun memang aku tak pasti lah . yang penting dia seorang budak yang excelent gitu. mak orang AUSTRALIA wok . mula mula datang malaysia tak athu cakap melayu so terpaksa nak SPEAKING dengan dia kalau nak bercakap. sekarang nie dah pandai and expert gila cakap melayu sampai aku speaking dia dah tak paham . ==' sengal lah siti ni . seorang yang hyperactive gila lompat sana lompat sini , lompat sana sini . haha . sampai naik rimas orang yang berada di keliling dia menjadi rimas dan rasa ingin bagi satu PELEMPANG kat pipi dia . hahaha.. ni lah sedikit sebanyak tentang siti nabila anak kelahiran australia tu . JOM ke tajuk ke tajuk utama-->

dalam pukul lapan malam gitu aku bersama jaja and khalidah pergi dewan sekolah cina sebab nak nengok siti buat concert taska dia . hahaha.. sangat kelakaw lah . dia dalah kecik orang nye , teachernya pulak pegi suruh dia pakai kain batik . hampir hampir lah nak terlondeh . selamat tak , kalau tak memang aku bantai gelak kuat kuat lah jawab nya . tanpa menghirau kan kaki , pinggang yang sedang menderita saket aku pun menyaksikan persembahan tu . dengan bangga nya apabila melihat sepupu kawan aku yang sangat cerdik menari lagu 'ewah bule' hahaha.. ewahhh kau siti . kan maen lagi kau menari kat atas pentas ye . dengan menggunakan NIKON D3100 aku , jaja lah menjadi photograper kepada siti . siti pulak jenis tak suka tangkap gambar . aku tengok jaja dah baran sebabnya picture siti nak bagi kat mummy dia . mak mana tak nak tengok perkembangan anak dia kan ?cam ni lah jadi nya bila siti tak nak amek gambar JOM --->


hahaha.. lawok sugguh gambar ni . siti kene paksa jugak dengan jaja <3


siti tengah syok sendiri kerana kawan kawan nya menari di atas pentas


ewah ewah kau siti .. mukan maen lagi kan ? hahaha.. gelek sehh .

apa pun aku sangat terhibur bila tengok anak anak cina , melayu and india sama sama menari menghiburkan hati dan mata parents dieorang . aku yang sentiasa tergelak tengok budaj budak ni menari haha.. walaupun tak sekata mereka menari , tapi tetap menarik perhatian ramai orang . so , yang ada anak tu jaga lah anak anak tu sebab mereka merupakan lambang kebagiaan sesebuah keluarga dan jugak kurniaan ALLAH yang tak ternilai untuk kita . admin hanya mampu bersedih kalau tengok banyak kes pembuangan bayi . apa lah dosa budak tu . kalau kau tak nak pun , bagi lah kat orang yang nak kan anak tu . tak pun letak leklok depan pintu rumah sesiapa pun , janganlah di cekik , di pijak and di plash dalam mangkuk tandas (emo pulak admin ni) . YA ALLAH . admin hanya mampu menyampaikan pendapat . jauhi zina . tingkatkan akidah anda :) sekian wassalam ..


keluarga bahagia . <3 babai ..

HARI YANG SANGAT PANAS



walaupun hari hari kita kadang kala sejuk dan kadang kala panas kita purlu bersyukur kerana di kurniakan panas dan sejuk . panas ada fungsi nya begitu juga sejuk . so , sama sama lah kita syukur kepada Nya kerana masih di kurniakan matahari kalau tidak , kita akan meraba raba mencari cahaya .sesungguh nya panas itu mempunyai pelbagai fungsinya. antara nya untuk kehidupan seharian . tanpa panas mungkin manusia tidak boleh melakukan sebarang kerja kerana panas datang nya dari MATAHARI satu ciptaan ALLAH yang tak ternilai .orang orang tua pernah cakap , kalau siang panas dan terasa bahang nya , maka malam tu maybe akan turun hujan . i dont think so , sebab kemungkinan esok berlaku GERHANA BULAN manakan mungkin hujan akan membasahkan bumi kita , tapi kuasa ALLAH tiada batasnya kerana DIA mampu membuat semua perkara di luar jangkaan manusia.. subhanALLAH itu lah tanda kekuasaan Nya. jadi , kita tidak perlu mengeluh kerana panas mahupun sejuk , sesungguhnya kebaikan itu datang dari ALLAH dan keberukan itu datang dari kita sendiri . kemungkinan bumi kita menjadi semkakin panas dek kerana sikap kita sendiri(penduduk bumi) . jadi , renug renungkan lah apa yang berlaku sejak akhir akhir ini . sama sama kita merasai bahang di bumi kerana kita sendiri yang merosak kan ciptaan NYA . admin di sini mengharap kita bersama sama menjaga keharmonian yakni menjaga kurniaan ALLAH yang tiada tandingan nya . ingat lah bahawa panas dan sejuk itu ada kebaikannya . segala kurniaanNYA adalah kebaikan kerana DIA MAHA MENGASIHANI lagi MAHA MENGETAHUI .saya harap kita mendapat tauladan apa yang terjadi hari ini untuk dijadikan pengajaran untuk hari esok nya . sekian wassalam :)
---> semoga ALLAH memelihara akhlak anda <----


Thursday, 8 December 2011

HARI MENCIPTA KENANGAN

asslamualaikum.. hari ini hari yang sangat indah lah nak dikata kan untuk aku.. iaitu dapat pergi maen bowling bersama akbar azman , khalida sa'ari , yaya sa'ari , ali imran dan amar afnan . fuh . sangat sengit bila berlawan dengan ali. hehe . sape pon tak dapat nak lawan dia lah . walaupun tak banyak strike tapi boleh tahan . so , menggunakan kemudahan kemera kecayangan aku , kita orang pon snap snap some of pictures for memories . hari yang sangat letih tapi menghiburkan . siapa lah tak terhibur bila main bowling sampai empat games . lebam tak lebam ar kan . anyway , first time keluar dengan die orang , not bad nak di katakan . memang fikir banyak kali nak update blog ni sebab terlampau letih . aku pon tak tahu apa yang aku letih kan . LOL ! tapi tak pelah . dah habis SPM dah tak tahu nak buat ape lagi . so update lah kejap . maybe ni last aku keluar dengan kengkawan aku (kawan baru) haha.. sebab lepas ni dah nak pergi KUALA LUMPUR kerja dengan akak . senang siket kan . tak payah nak kerja jauh jauh . akak je . saya sangat letih letih dan letih =='


gambar tengah waiting nak baling bowling . LOL !


hahaha...suka hati ni . <3 thank for view the pictures ..semoga ketemu lagi ya ? wassalam ..

Wednesday, 7 December 2011

WHY ALSO ME,friends ?

assalamualaikum..sihat?kisah kali sedeh lah jugak..tentang kawan..kalau dah nama pun bff mesti lah ke mana saja kita sama sama..tiap kali hangout aku mesti pelawa kawan kawan aku..tapi kalau dieorang keluar kenapa tak lawa aku?aku tak lah mengharap sangat tapi agak agak je akan di pelawa..tapi hampa sangat..its not fair to me..:( kenapa aku je nak jaga hat kawan kawan ? aku legh suka tengok orang yang kawan dengan aku tu happy and rasa best kawan dengan aku..tapi ini da terbalik..susah je cari aku . bila senang pandang aku macam orang asing..yela..kawan kawan aku semua lawalawa belaka..aku tak lawa..kata nye ak ni tak ade MARKET(pasaran)..sedeh siott..ni ke nama nya kawan? mana sahabat sejati yang selama ni aku impi impikan?ke dah tak ujud sahabat dalam duia ni . ya ALLAH..hanya tuhan yang tahu..aku FRUST bukan sebab cinta bercouple . tapi FRUST sebab cinta akan kawan kawan aku..tak pelah , aku cuma sedeh..dua tiga hari baik lah tu.. so , korang please jangan buat kawan kawan kita yang really2 nak kawan dengan kita. orite.. sekian wassalam :)











aku sayang kawan kawan aku even aku selalu terasa :) thank my friends <3

Tuesday, 6 December 2011

PEHHH... =="







smart gler baju ni . tapi harga die tak tahan ar beb.. bukan maen mahal lagi siott...sabaw jelah.. tapi tengok lah nanti aku dah keje aku beli ape aku suka..aku akan balas dendam zaman sekolah aku yang tak dapat ape yang aku nak kecuali NIKON D3100 aku yang tercapai..yang lain haram lah nak dapat kan.. tu lah..orang kate ank last ni anak pling manje dalam family . memey lah . tai ape aku nak semua nya bersyarat..benci lah macam ni dohh .. nak jugak baju ni.. nak jugakk... lawa...kalau aku dpat , aku tak pakai tapi aku wat perhiasan dalam bedroom aku...haha..okey tak guy? mesti korang cakap aku giler tapi tu lah kenyataan yang sebenar..aku suke nonsense..best... hahha.. laen dari yang laen.wtpe nak ikut2 orang... BE YOURSELF lah dear...








sekian salam . peace yaw !

BILA AKU TAK BOLEH TIDUR..... :)

wuaahhhh...tu lah rintihan dalam hati apabila mata ni tak boley nak pejam..aku pon tak tahu ape yang aku tengah fikir..nak kate SPM, dah tamat sudah..hmm..nak g maen bowling masing2 sibuk hal masing ..kenape boring sangat ek??so , bila aku tak de keje mula aku cari blog sape2 yang menarik perhatian aku untuk membaca nye.. aku suka baca blog tak kesah hal2 ape pon asal kan membaca..when talk about love , aku tak terpikir lagi nak bercinta..aku lebih cenderung kepada kawan yang BRIBU-RIBU...friends are averything for me..lepas ni mesti rindu kat skolah kan ? OMG begitu LOL sekali..==' ini lah yang akan aku merepek bila tak boleh nak pejam mate kadang kadang sampai ke subuh aku tak tidur lagi.. bila boring on9 , bile boring on9..bored!!


teringat mase ni aku dengan bon..YA ALLAH betapa rindunye aku..rindu buli kawan kawan aku , rindu lepak lepak dalam kelas..emm(baru satu hari dah rindu) hahah...bengong..ade mase nanti aku akan sentiasa mengUPDATE blog aku untuk melepas kan kebosanan yang melanda di jiwa..haa...thanx for the reader... love you all.. tata titi tutu.. assalamualaikum...

FREEDOM life :)


assalamualaikum..alhamdulillah akhirnye aku dapat menghabis paper2 spm aku dengan sempurnanya..keluar je dewan dengan muka yang 'selamber beb' haha..bertembung dgn mkcop dan die berkata "tieya,ko dah merdeka xnak bling ksut ke?" dengan pantas aku menjawab.."ko nak aku baling kat ko ke"? hahha..kwan2 aku sume gelak dohh...rancangan utk ke KFC bersma jiea,bon,ieka,sha and zaty jdi kenyataan,..so boley bantai dyorang pg ngjeng casher kt kFC tu..dengan gelaran KEMEK...haha..aku order die wt muka anjing plak dengan aku..astaqfirullahalazim tieya........ape nie?haha..apepon sangat best kenangan terakhir memakai baju sekolah...snap2 picture kat KFC smua orang pndang..ade aku kesah ke?aku punye suka lah nk snap pic ke tak..sampai je rumah ~"ayang , bkak bju mak nk bsuh nie" dan aku brkata "wtpe mak nk basuh?dah tak skolah lah mak" mak aku pon gelak...so , sebelum balik rumah aku singgah uma sha then g umah bon dgn ieka..haha..mak bon pakse amek rambutan sbb ciann rambutan tu mmbusuk tanpa dihiraukan oleh sekor umat pon..ape bole buat , rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari taw!thanx to mak bon coz bg aku dgn ieka rmbutan yg sgt manis..nanti aku datang amek lg..haha...ko la kawan yg terbaekkkk(boboiboy)..haha..xpasal boboiboy pon msok skali...anyway , sangat best last day dengan korng..nie gambar2 untuk smtapan mate korang... love u all...

sampai situ jelah okey ? semoga jumpa lagi kalau panjang umur ni.wassalam... :)

Sunday, 4 December 2011

budak baru belajar, kalau salah tulung tunjuk kan ...

entry 1st sekali sy nk share ialah sy bru je belajar wt blog nie . so asek tengok mmbe2 nye blog trasa jgak nk ade belog sendiri..saya minat bace belog orang and then glak lah mne belog yang agak klakaw la jgak...all about my friends n friends n friends..sape lah leh hidop xde kwan..tol tak..kawan ttap dalam hati walau di mana,bgaimana dan mcm mna..hahha..bongok la tieya nie...so , mntak tunjuk ajar korang utk ajar aku berbelog ok? thanz all... love u all so much <3